Friday, 12 July 2013 | 23:59 | 0 comments
Aynn & Nisa Nie aku punye idea. Sory kalau ada salah.. Yg olahragawan tu aku tak tau nak letak nama sape ? ada ide tak ? mention aku kat twitter tau :)
Pada 30 Mac.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan telah mengadakan acara sukan tahunan.Sukan
tahunan tersebut diadakan di padang sekolah yang amat luas .
Sebelum sukan diadakan,semua guru dan
murid sibuk membuat persiapan.Padang dihiasi dengan bendera dan belon-belon
yang berwarna-warni.Beberapa buah khemah didirikan di tepi padang.Para peserta
sukan berlatih dengan bersungguh -sungguh pada setiap hari.
Pada hari sukan,semua murid dan guru
hadir awal ke sekolah.Para peserta sukan berkumpul di padang.Pengerusi PIBG
sekolah merasmikan sukan tersebut.Pelbagai persembahan diadakan seperti
pancaragam,yoyo cina,tarian dan sebagainya.Persembahan murid sungguh
menarik.Para penonton memberikan tepukan
yang gemuruh.Perbarisan peserta sukan juga diadakan.
Tujuan diadakan sukan adalah untuk
mencungkil bakat dan menyihatkan badan.Pelbagai acara sukan diadakan seperti
lompat tinggi,lompat jauh,lumba lari,tarik tali dan sebagainya.Acara lari
berganti-ganti menjadi acara kemuncak hari sukan.Para peserta berlari dengan
pantas menuju ke garisan penamat.Para penonton bersorak untuk memberi sokongan
kepada peserta pasukan masing-masing.Suasana
di padang riuh-rendah dan meriah.
Acara sukan berakhir pada pukul 12.00
tengah hari.Rumah Merah telah muncul sebagai juara.Khairunnnisa telah terpilih
sebagai olahragawati manakala (……. ) dipilih sebagai olahragawn.Guru Besar
menyampaikan piala kepada para pemenang.Beliau mengucapkan tahniah kepada murid
yang berjaya dan menasihati murid yang tidak berjaya supaya tidak berputus asa.
Selepas majlis penyampaian hadiah
tamat,murid-murid pulang ke rumah dengan gembiranya walaupun kelihatan letih.
0 Comments:
Post a Comment